Akademi Koreksional Malaysia telah sekali lagi menerima lawatan 5S daripada beberapa pihak antaranya ialah pada 26.3.2015 AKM telah menerima lawatan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, pada 31.3.2015 daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat Johor dan pada 1.4.2015 daripada Majlis Perbandaran Langkawi. Tetamu telah diberikan taklimat dan seterusnya dibawa melawat sekitar AKM.