Pada 7 hingga 9 Mei 2015, telah diadakan Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil 1/2015 dan Akademi Koreksional Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ini. Antara pengisian majlis ini selain daripada mesyuarat dan pembentangan daripada Bahagian-Bahagian ialah, Majlis Bacaan Yaasin yang diadakan di Surau AKM, Majlis Penyampaian Pingat dan sijil yang disempurnakan oleh   Y. Bhg. Dato’ Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan  perlawanan bowling.