Pada 25 Mei 2015, telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Kursus Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP), Certificate in Juvenile and Rehabilitation bertempat di Auditotium Mahsuri Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi.  Kursus yang telah berlangsung bermula 1 Mei 2015 ini  telah disempurnakan penutupannya  oleh Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.

 

 Seramai 44 orang peserta terdiri daripada  negara Cambodia (2), Indonesia (2), Solomon Island (1), Maldives (4), Brunei (4), Tanzania (1), Thailand (3), Sri Lanka (4), Laos (2), Morocco (1), Seychelles (1), Bhutan (2), Bangladesh (2), Fiji (1), Qatar (2), Bahamas (1), Myanmar (1), Malawi (1)  dan Malaysia (9) telah menghadiri kursus ini.