Pada 11 hingga13 Jun 2015 telah berlangsungnya Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Penjara Malaysia bagi Tahun 2015. Akademi Koreksional Malaysia sekali lagi telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah untuk penganjuran pada tahun ini. Konvensyen pada kali ini menampilkan sebanyak 12 pasukan yang menjadi johan Kategori Pengurusan dan Teknikal bagi Konvensyen KIK untuk setiap zon yang telah diadakan sebelum ini. Berikut adalah keputusan konvensyen KIK Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2015:-

 

KATEGORI PENGURUSAN

JOHAN

KUMPULAN KARISMA

Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah

Kaedah Pembuangan Sisa Catuan Makanan Penghuni Kurang Praktikal.

NAIB JOHAN

KUMPULAN MYQ

Penjara Pusat Kajang

Proses Pendaftaran dan Penyampaian Maklumat Lawatan Banduan Tidak Efisien.

KETIGA

KUMPULAN MUTIARA

Penjara Seberang Perai

Sasaran Pendapatan Pengeluaran Sos Cili di Bengkel Penjara Seberang Perai Tidak Tercapai.

KATEGORI TEKNIKAL

JOHAN

KUMPULAN i2

Penjara Taiping

Peningkatan Penyakit Kulit di Kalangan Penghuni di Penjara Taiping.

NAIB JOHAN

KUMPULAN BLUE OCEAN

Penjara Pusat Kota Kinabalu

Pengurusan Penyelenggaraan Sisa Di Bengkel Kayu Meningkat.

KETIGA

KUMPULAN WALID

Dusun Dato’ Murad, Melaka

Kadar Penetasan Telur Ayam Juara Kampung Tidak Efisien.

 

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Jalil bin Marzuki, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan). Turut hadir pada majlis ini ialah KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan KPj Dato’ Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Pengurusan).