Pada 7 Ogos 2015 bersamaan  22 Syawal  1436H bertempat di persekitaran Kolam Renang Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, telah diadakan Majlis  Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Akademi Koreksional Malaysia bagi tahun 2015. Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam ini telah dihadiri oleh Pengarah AKM TKPj Mohd Sabri bin Yaacob dan keluarga, semua kakitangan AKM, Parol dan LISRAM serta keluarga dan pekerja-pekerja sokongan AKM. Majlis yang berakhir jam 10.30 malam ini telah diserikan dengan penyampaian duit raya oleh Pengarah AKM dan isteri, nyanyian lagu-lagu karaoke hari raya oleh kakitangan dan cabutan bertuah.