Pada hari Ahad 23 Ogos 2015, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi telah menganjurkan Program Berjalan 10,000 Langkah untuk kakitangan AKM. Program yang bermula di Simpang Lebuh Raya Langkawi ke LISRAM sejauh 2 kilometer ini mengambil masa  lebih kurang 30 minit.  Aktiviti-aktiviti ini melibatkan kakitangan AKM sendiri, Parol Langkawi, Lisram Langkawi.  Turut serta dalam program ini ialah Pengarah AKM Langkawi, TKPj Mohd Sabri bin Yaacob.