Pada 7 September 2015 bermula jam 11.00 pagi sehingga 4.00 petang, telah diadakan Program Kaunter Perkhidmatan Bergerak Bersepadu (KPBB) 2015 anjuran bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Biro Pengaduan Awam bertempat di Ruang Legar Kompleks Langkawi Fair, Kuah Langkawi. Program yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA Tan Sri Khalid Ramli ini, telah disertai oleh sebanyak 35 buah agensi kerajaan yang mengambil bahagian dalam program sehari ini  yang turut diisi dengan aktiviti-aktiviti kaedah kitar semula, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kerjaya dan persembahan hiburan. Akademi Koreksional Malaysia turut meembuka booth pameran dan kaunter aduan dalam program ini. AKM juga telah diumumkan sebagai Naib Johan bagi kategori Kaunter Terbaik pada hai tersebut. Tahniah diucapkan.