Lapangsasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM) telah dijadikan venue eksesais Multination Counter Terrorism Exercise (MNCTX) Langkawi 2015  yang dianjurkan bersama oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Eksesais yang diadakan selama seminggu melibatkan pelbagai negara ini diadakan bertujuan bagi membendung ancaman pengganas termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS).  

 

Eksesais yang  melibatkan seramai 173 peserta daripada 10 negara ASEAN dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.  Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Dato’ Alwi bin Hj. Ibrahim,  Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato’ Sri Hj Zulkifli bin Omar.

 

Pasukan ATM diwakili oleh Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Pasukan Khas Udara (Paskau), PDRM pula diwakili Komando VAT69 dan Unit Tindakan Khas (UTK) manakala Maritim Malaysia, Pasukan Tindakan dan Penyelamat Maritim.