Langkawi, 5 & 6 Disember : YBhg Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara telah mengadakan lawatan (recce) sempena persiapan bagi Persidangan Asean Regional Correctional Conference (ARCC) 2024. Turut bersama dalam lawatan ini ialah Mr. Dave Thomas, Deputy Head of Mission in British Embassy Bangkok, Thailand.
 
Lawatan ini turut disertai oleh TKP Hafidz bin Othman, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan, TKP Zainah binti Pardi, Pengarah Penjara Negeri Kedah, TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia serta pegawai-pegawai kanan penjara.
 
Lawatan (recce) ini bertujuan melihat sendiri dan berbincang persiapan untuk persidangan ARCC anjuran Jabatan dengan kerjasama British Government yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Januari 2024.
 
YBhg. Datuk KJP juga meluangkan masa mengadakan lawatan ke lokasi Corporate Smart Internship (CSI) di Syarikat Adinora Enterprise, Langkawi yang menempatkan seramai 13 Orang DiParol (ODP).
 
Program diakhiri dengan sesi ‘Breakfast Talk With KJP’ bersama warga AKM.