Akademi Koreksional Malaysia (AKM), Langkawi: Pada 3 hingga 5 September 2024, telah berlangsung UNODC Workshop on Preventing Violent Extremism (PVE): Radicalization, Rehabilitation & Reintegration “ A Journey Back To Society. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 38 orang dari Jabatan Penjara Malaysia dan 19 peserta jemputan daripada agensi/jabatan kerajaan berkaitan serta para akademik. Objektif bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai jabatan penjara dan agensi berkaitan tentang standard antarabangsa terkait pencegahan keganasan (pemulihan dan reintegrasi), isu dan cabaran serta merangka pelan kerjasama (roadmap) antara agensi yang terlibat. 

Bengkel ini telah dirasmikan pembukaan oleh TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia dan majlis penutupan dirasmikan oleh TKP Meor Azizi bin Ahmad Sepuan, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal & Berisiko Tinggi. Bengkel ini juga turut dihadiri oleh empat (4) orang penceramah dari luar  negara khususnya UNODC iaitu Ms. Aki Okanan, UNODC Regional Office for Southeast Asia and the Pacific, Ms. Sakurako Nishida, Embassy of Japan, Mr. Niki Esse DE LANG, Programme Office in Indonesia (POIDN), Miss Natachanok Sulaimarl, UNODC, Thailand dan wakil UNODC Malaysia Dato’ Narander Singh a/l Chand Singh.