22 Februari 2024 , Langkawi : Bertempat di Langkawi International Shooting Range Malaysia (LISRAM), telah berlangsungnya program menembak bagi Sesi Pendedahan & Latihan Penggunaan Senjata Api oleh Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Program yang dihadiri seramai 36 orang peserta ini dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping.

Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KDN dan dihadiri oleh Setiausaha Bahagian (SUB), Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB) serta pegawai-pegawai dari KDN. Turut bersama di dalam program ini ialah Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, selaku pentadbir kepada LISRAM.

   

   

Langkawi, 22 Januari 2024 - ASEAN Regional Correctional Conference berlangsung di Akademi Koreksional Langkawi dengan melibatkan 9 buah negara ASEAN iaitu Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Kemboja, Filipina, Vietnam, Laos dan juga Malaysia. Selain daripada itu, 8 organisasi antarabangsa juga turut serta dalam persidangan ini iaitu His Majesty Prison and Probation Service (HMPPS) dari Negara Britain, The United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), The International Committee of the Red Cross (ICRC) dan United Nations Asia and Far East Institute (UNAFEI), Yellow Ribbon Singapore dan European Union (EU).

Persidangan pada hari pertama ini dimulakan dengan perbentangan oleh His Majesty Prison and Probation Service (HMPPS) bertajuk Rehabilitative Culture, perbentangan oleh The International Committee of the Red Cross (ICRC) iaitu Dealing With Old Prison Infrastructure To Improve Condition On Detention – Operation And Maintanance , United Nation on Drugs (UNODC) membentangkan Pre-Trail Detention: Prior Challengers and New Solutions dan United Nations Asia and Far East Institute (UNAFEI) membentangkan Public-private partnership in community correction in Japan pada sesi pagi.

Persidangan ini disambung semula pada sesi petang dengan perbentangan dimulakan oleh Singapore Prison Service iaitu ‘The Next Lap in Community Corrections’, Vietnam Prison Service pula membentangkan ‘Initiatives and challengers in Vietnam Correctional Services’ dan perbentangan pada hari pertama ini ditamatkan dengan ‘EU Best Practices of Innovation in Planning & Design for Humane Correctional Facilities’