4 Jun 2024, Langkawi : Bertempat di Dewan Mahsuri Akademi Koreksional Malaysia, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pra Persaraan Siri 3/2024 Jabatan Penjara Malaysia.
 
Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pra Persaraan Siri 3/2024 serta penyampaian sijil disempurnakan oleh YDH TKP Zainah binti Pardi, Pengarah Penjara Negeri Kedah.

Turut hadir ialah TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, TPP Md Azrin bin Md Hanafi (Bahagian Latihan & Akademik AKM) serta peserta Kursus Pra Persaraan Siri 3/2024.

 

 

 

 

 

 

Tarikh: 04 Jun 2024 (Selasa)
Tempat: Dewan Mahsuri, AKM
 
Majlis Perasmian Penutupan Program Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) “A Journey in Prison Reform” bagi tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis perasmian penutupan serta penyampaian sijil kursus disampaikan oleh YDH TKP Wan Abdul Rahman Bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM).
 
Turut hadir bersama ialah PKP Noor Sazlawati Binti Zakaria, Timbalan Pengarah AKM serta penyelaras dan fasilitator kursus MTCP dan juga kakitangan AKM.
 
Program selama 10 hari bermula dari 26 Mei 2024 hingga 04 Jun 2024 melibatkan penyertaan dari tujuh(7) buah negara dari benua Afrika terdiri daripada 15 orang peserta dari Namibia, Senegal, Kenya, Algeria, Morocco, Ghana dan Guinea manakala 10 orang peserta dari Malaysia.