Tarikh: 27 Mei 2024 (Isnin)
Tempat: Dewan Mahsuri, AKM
 
Kursus Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) “A Journey in Prison Reform” bagi tahun 2024 telah dirasmikan oleh TKP Mohamad Rosidek Bin Musa, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme.
 
Turut hadir hadir bersama TKP Wan Abdul Rahman Bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM) dan PKP Noor Sazlawati Binti Zakaria, Timbalan Pengarah AKM serta penyelaras serta fasilitator kursus MTCP.
 
Kursus ini melibatkan penyertaan negara dari benua Afrika terdiri daripada 15 orang peserta dari negara Namibia, Senegal, Kenya, Algeria, Morocco, Ghana dan Guinea manakala 10 orang peserta dari Malaysia.
 
Kursus ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 26 Mei 2024 hingga 04 Jun 2024.
 

 

 

   

   

    

Kejohanan Badminton Piala Pengarah Penjara Negeri Kedah telah berlangsung pada 12 Mei 2024. Perlawanan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang bertempat di Kompleks KDN Langkawi yang di sertai oleh 5 institusi seluruh Kedah iaitu Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah, Akademi Koreksional Malaysia, Penjara Pokok Sena, Penjara Alor Setar dan Penjara Sungai Petani.
 
Lima (5) kategori telah dipertandingkan dan keputusan perlawanan adalah seperti berikut.
 
a) Perseorangan Lelaki:
Johan - Penjara Alor setar
Naib Johan - PPN Kedah
Ketiga - Penjara Sg. Petani

 b) Perseorangan Wanita:

Johan - Penjara Pokok Sena
Naib Johan - PPN Kedah
Ketiga - AKM
 
c) Beregu Lelaki:
Johan - Penjara Alor setar
Naib Johan - Penjara Sg. Petani
Ketiga - Penjara Pokok Sena
 
d) Beregu Campuran:
Johan - Penjara Pokok Sena
Naib Johan - AKM
Ketiga - PPN Kedah
 
e) Beregu Veteran Terbuka:
Johan - TPP Azrin & Sjn Faizarul
Naib Johan - SM Zahir & Nizam
Ketiga - Rizuan & Norizai
 
Johan keseluruhan : Penjara Pokok Sena Pemenang setiap kategori membawa pulang medal kenangan kejohanan. Manakala juara bagi setiap kategori membawa medal kenangan kejohanan & wang tunai. Johan keseluruhan membawa pulang piala iringan sumbangan Pengarah Penjara Negeri Kedah beserta wang tunai. Terima kasih di atas penyertaan daripada setiap kontijen & sokongan ketua-ketua institusi negeri Kedah.