Langkawi, 17 April 2024 - YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN telah merasmikan “Inter-Agency Policy Workshop Towards Planning and Designing Human Correctional Facilities” bertempat di Akademi Koreksional Malaysia.
 
Bengkel ini yang menyasarkan perbincangan mengenai kebersihan dan kesihatan, penerimaan, penempatan, hubungan dengan dunia luar, peluang pekerjaan dan pemulihan.
 
Turut hadir YBhg. KJP Datuk Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara, HE Mr Michalis Rokas, Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia, YBhg TKJP Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan).