29 Mei 2025, Langkawi : Bertempat di Bilik Kuliah Akademi Koreksional Malaysia, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pra Persaraan Siri 2/2025 Jabatan Penjara Malaysia.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pra Persaraan Siri 2/2025 serta penyampaian sijil disempurnakan oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Bahagian Pembangunan & Profesionalisme (IPPM).

Turut hadir ialah PP Nur Raudzah binti Mohamad Shahimi, Ketua Unit Perkhidmatan Pengurusan (AKM), TPP Lee Lek Khang, Ketua Unit Pengajian & Pemulihan Komuniti (AKM) serta peserta Kursus Pra Persaraan Siri 2/2025.

Kursus yang dijalankan selama 4 hari bermula 26-29 Mei 2025 melibatkan seramai 26 orang peserta dari seluruh institusi penjara.

  

  

 

Langkawi, 21 Mei 2025 (Rabu) - YBrs. Encik Fakhrul Razi bin Ab Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan Lawatan Kerja ke Akademi Koreksional Malaysia (AKM).
Tujuan bagi sesi lawatan kerja ini adalah untuk meneliti status pelaksanaan serta membincangkan sebarang isu berbangkit bagi memastikan projek pembinaan kuarters dan juga projek menaik taraf bangunan dan pembaikan cerun dapat dilaksanakan segera dan keluar dari status pra pelaksanaan di Akademi Koreksional Malaysia.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Pn. Intan Safina binti Sanusi, Tim. Setiausaha Bahagain (Projek), KDN, Wan Zailawati binti Wan Ishak, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan, JKR, Ir. Hj. Burhanuddin bin Omar, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Selenggara dan Fasiliti, JKR dan Pegawai-pegawai dari KDN dan JKR.
Lawatan ini disambut oleh PKP Fauziah binti Husain, Timbalan Pengarah AKM, PP Mohd Mazairi bin Majid, (Ketua Bahagian Keselamatan Koreksional) dan barisan Pegawai Kanan AKM.
Lawatan ini disudahi dengan menandatangani buku pelawat.