Langkawi, 9 Julai 2025 - Bertempat di Bilik Kuliah Bougenvilla, telah berlangsungnya Majlis Penutupan Kursus Protokol Pengendalian Orang Kenamaan, Motorcade Dan Bodyguarding bagi kakitangan Akademi Koreksional Malaysia.

Majlis Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh PKP Fauziah binti Husain, Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia. Turut bersama ialah ASP M. Fakrul Hisham bin Ahmad Radzi, serta dua orang pegawai iaitu ASP Kawhita A/P Subramaniam dan KPL/D Towfeeq Rahman bin Abdul Paru dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Turut hadir ialah TPP Md Azrin bin Md Hanafi, Ketua Unit Akademik & Latihan.

Program yang dijalankan di AKM selama 2 hari bermula 8-9 Julai 2025 dan dihadiri seramai 10 orang pegawai AKM. Kursus ini telah dirancang pada tahun 2024 dan dimasukkan dalam peruntukan “in house Training” AKM. Antara pembelajaran yang terkandung dalam kursus ini adalah pengiringan VVIP, protokol dalam pengiringan, punca kuasa bagi menentukan siapa yang di gelar VVIP, penggunaan kenderaan, formasi pengiringan kenderaan dan berkaitan dengan tajuk kursus. Disamping itu praktikal di dalam kelas turut diadakan bagi memperlihatkan secara jelas cara-cara mengiring orang kenamaan dan juga formasi yang diperlukan.

Secara keseluruhannya kursus ini berlangsung dengan baik serta memberikan banyak pengetahuan dan pendedahan berkaitan pengiringan VVIP kepada peserta kursus. Di harapkan para peserta khasnya daripada anggota dan pegawai AKM dapat mengadaptasikannya apabila sesuatu program yang melibatkan orang-orang kenamaan berlangsung di AKM.

 

 

26 Jun 2025 - Akademi Koreksional Malaysia, telah berlangsung mesyuarat penyelarasan bagi penganjuran program International Counselling and Correctional Conference (ICCC) tahun 2025 anjuran bersama Universiti Utara Malaysia. AKM telah dilantik sebagai pengelola dan juga dipilih sebagai lokasi bagi penganjuran persidangan ICCC bagi tahun 2025. Mesyuarat penyelarasan ini merupakan yang pertama diadakan adalah untk membincangkan pembahagian tugas, pelantikan AJK dan pembentangkan perjalanan persidangan oleh pihak UUM.
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh PKK Fakhrul Amin bin Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, IPPM, Wakil UUM Prof. Madya Dr. Siti Roziana Kamsani, Dekan, UUM dan turut hadir bersama wakil dari IPPM, barisan pegawai kanan AKM dan barisan pensyarah dari UUM.
Mesyuarat ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh pihak UUM dan sesi lawatan tapak bagi melihat fasiliti untuk pelaksanaan persidangan tersebut.