- Details
- Published: 07 November 2012
Pada 6 November 2012 (Selasa), Akademi Koreksional Malaysia telah mengadakan sambutan Hari Penjara Ke-163 Peringkat AKM. Majlis penuh bermakna ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan Pengarah Akademi Koreksional, PKK Mohd Sabri bi Yaacob serta disusuli dengan nyanyian lagi Negaraku, Bakti Setia. Acara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan, ikrar jabatan serta penyampaian pingat dan sijil-sijil penghargaan kepada 30 orang kakitangan dan anggota. Dalam majlis yang penuh bermakna buat kakitangan, YS Pengarah AKM telah membacakan teks ucapan Y. Bhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Pada jam 10.30 pagi Majlis Sambutan Hari Penjara diteruskan dengan sessi ceramah yang bertajuk 'Transformasi Minda' yang telah disampaikan oleh Dr. Hjh. Nor Asyikin binti Abdul Kadir dari Institut Aminuddin Baki. Pada sebelah petang, telah diadakan acara senamrobik dan permainan ping pong. Sebelum itu , pada 4 November 2012 telah diadakan aktiviti larian di sekitar Pantai Lagenda, Kuah yang telah disertai oleh semua kakitangan AKM.