Pada 29 Oktober 2012,  Unit Agama AKM telah menganjurkan ibadah korban dan aqiqah sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.  Daging korban dan aqigah tersebut telah dimasak secara bergotong-royong dan satu majlis kenduri kesyukuran telah diadakan di perkarangan kolam renang AKM. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah AKM, PKK Mohd Sabri bin Yaacob dan Timbalan Pengarah PKP Hjh. Rohana binti Abdullah.