Pada 29 September 2012 telah berlangsungnya Majlis Penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2012. Majlis Penutupan ini telah di sempurnakan oleh Y. Bhg. Puan Hasanah binti Abd. Hamid,  Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri. Dalam ucapan penutupannya,  beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana telah berjaya menganjurkan konvensyen ini dengan cemerlang. Turut diadakan sempena majlis penutupan tersebut adalah pameran hasil inovasi bagi setiap pasukan. Sebanyak 26 produk inovasi dalam pelbagai bidang berjaya dihasilkan untuk kebaikan perkhidmatan Kementerian Dalam Negeri. Hadir sama dalam majlis penutupan adalah Y.Bhg. Dato' Mohmed Asri bin Yusof, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset KDN, Y.S KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), PKK Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia,  ketua-ketua dan timbalan ketua pengarah jabatan di bawah KDN serta pengarah-pengarah agensi KDN di sekitar Langkawi.  Kepada kumpulan yang bertanding diucapkan tahniah dan sabarlah menanti keputusan yang akan diumumkan dalam Majlis Inovasi Kementerian Dalam Negeri nanti.