Pada 26  hingga 29 September  2012, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012 . Sebanyak 26 kumpulan telah dipilih menyertai konvensyen KIK peringkat Kementerian Dalam Negeri pada kali ini. Pada 27 September 2012 Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ini telah dirasmikan oleh  Y. Bhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang mana di dalam ucapan beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak jawatankuasa Konvensyen KIK Kementerian Dalam Negeri kerana telah sekali lagi memberi kepercayaan Jabatan Penjara Malaysia menjadi tuan rumah dalam penganjuran Konvensyen KIK pada kali ini.. Beliau juga menegaskan bahawa Konvensyen KIK ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada jabatan-jabatan yang telah berjaya menghasilkan produk-produk inovasi demi mewujudkan perkhidmatan pertahanan, keselamatan dan ketenteraman awam yang terbaik untuk rakyat dan negara. Turut hadir bersama dalam Majis Perasmian Pembukaan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kali ini ialah Y.Bhg. Tn Hj Mohamad Hidayat Bin Ali Omar (TSUB) Khidmat Pengurusan, KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, PKK Mohd. Sabri bin Yaacob ,Pengarah Akademi Koreksional Malaysia Langkawi dan wakil-wakil Jabatan dalam KDN.