Pada 27.11.2011 Kontinjen AKM telah menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Langkawi. Seramai 46 orang peserta terdiri daripada kakitangan AKM dan pekerja-pekerja sokongan telah menyertai perarakan ini.  Perarakan yang  antara lain disertai oleh masjid-masjid sekitar Langkawi dan juga Jabatan-Jabatan Kerajaan dan belia ini bermula di Dataran Pekan Rabu dan seterusnya berarak melalui Pekan Kuah dan berakhir di Masjid Al-Hana Kuah.