Pada 8 November 2011, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi telah mengadakan Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2011 yang disempurnakan oleh Pengarah AKM, PKK Mohd Sabri bin Yaacob.  Majlis sambutan dimulakan tepat jam 8.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia,  lagu Malaysia Inovatif diikuti dengan bacaan doa dan Ikrar Jabatan. Majlis sambutan diteruskan lagi dengan bacaan teks ucapan Perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli bin Haji Omar oleh Pengarah AKM Langkawi.  Selepas bacaan teks ucapan, majlis diteruskan dengan acara pemakaian pangkat dan penyampaian pingat dan sijil kepada kakitangan.  Antara pingat-pingat  dan sijil yang disampaikan ialah Pingat Perkhidmatan Am (13) orang, Pingat Ketua Pengarah Penjara (Gangsa) (1) orang, Pingat Setia Penjara (1 orang), Pingat Cemerlang Penjara (2 orang), Pingat Pekerti Penjara (3) orang, Pingat Bakti Penjara (4) orang, Pingat Am Penjara (2) orang, dan Sijil Penghargaan (4) orang. Majlis juga  diserikan lagi dengan ceramah bertajuk Transformasi Penjawat Awam yang disampaikan oleh Tuan Haji Hassan bin Hashim, Kaunselor daripada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Pada sebelah petangnya pula, bertempat di Ampang Superbowl Jetty Point Kuah Langkawi,    telah diadakan pertandingan bowling untuk kakitangan.

Pengarah dan kakitangan bergambar beramai-ramai selepas perbarisan Hari Penjara.