Pada 17 September 2011 (Sabtu) bersamaan 19 Syawal 1432H, telah diadakan Majlis Sambutan Malam Mesra Aidil Fitri Peringkat AKM Langkawi.  Majlis yang diadakan di perkarangan Kolam Renang AKM ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan kehadiran PKK Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah AKM Langkawi dan keluarga, PKP Jamil Razif bin Kasim berserta keluarga, serta kakitangan  AKM dan pekerja sokongan beserta keluarga.  Majlis yang bermula pada jam 8.15 malam ini telah diserikan dengan pelbagai aturcara menarik seperti cabutan nombor bertuah, pakaian beragam kanak-kanak, pemberian duit raya, tarian dan acara nyanyian lagu-lagu nostalgia hari raya dari kakitangan serta pekerja sokongan. Para tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai juadah untuk dinikmati bersama seperti satay, kambing panggang, ketupat, lemang, rendang,  ABC, char kuey tiau, teh tarik dan banyak lagi. Tahniah kepada pihak penganjur di atas kejayaan menganjurkan majlis yang meriah ini.

 

br<