Pada 3 Mac 2013,  telah diadakan Program Penanaman Sejuta Pokok Kementerian Dalam Negeri,  peringkat Akedemi Koreksional Malaysia. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh PKK Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia....

 

Pada 3 Mac 2013,  telah diadakan Program Penanaman Sejuta Pokok Kementerian Dalam Negeri,  peringkat Akedemi Koreksional Malaysia. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh PKK Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Bakti Setia oleh kakitangan AKM, LISRAM dan Parol Langkawi. Turut serta memeriahkan lagi program ini dengan kehadiran Skuad Muda, ahli-ahli PERSIAP dan pekerja-pekerja sokongan / kontrak AKM.  Sebanyak 200 pokok pelbagai jenis telah berjaya di tanam di sekitar kawasan AKM pada hari pelancaran ini.