PERSATUAN ISTERI, ANAK DAN ANGGOTA WANITA (PERSIAP)
Ditubuhkan pada 10.7.2013 dan dikenali sebagai Persatuan Isteri, Anak Dan Anggota Wanita Akademi Koreksional Malaysia Langkawi Kedah. Ia telah didaftarkan di Bawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 pada 3.7.2013. Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah Akademi Koreksional Malaysia, Jalan Persiaran Putra, 07000, Langkawi, Kedah.
TUJUAN PENUBUHAN
Tujuan penubuhan PERSIAP ini adalah untuk melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan dan faedah kepada ahli persatuan.
KEAHLIAN
Ahli Biasa adalah terbuka kepada semua kakitangan yang bertugas di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah yang berumur 18 tahun ke atas bertaraf warganegara Malaysia. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 dan yuran bulan pertama sebanyak RM2.00.