Sejarah Penubuhan Akademi Koreksional Malaysia

Berdasarkan kepada keputusan yang dibuat ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah persidangan Asia Pacific Conference Of Correctional Administration (APCCA) 1997. Di dalam persidangan tersebut deligasi telah mencadangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai Regional Training Centre (RTC) bagi negara-negara Asia Pasifik.

Sehubungan itu, sebuah tapak di Lot PT No. 2639 yang dikenali sebagai ‘The Gates’ yang terletak berhampiran jeti Kuah, Langkawi telah dibeli oleh Kerajaan Malaysia dengan kos pembelian sebanyak RM 64,000,000.00 iaitu RM34,750,000.00 (Pembelian Tanah), RM21,100,000.00 (Kos Ubahsuai) dan RM8,150,000.00 (Kos Loose Item dan Harta Modal).

Akademi Koreksional Malaysia (AKM) telah diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 07 Februari 2007. Satu Majlis Penyerahan Dan Penerimaan telah dibuat di Auditorium Akademi Koreksional Malaysia (AKM) dengan dihadiri oleh Y. Bhg. Datuk Mustafa bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia ketika itu. Akademi Koreksional Malaysia dibangunkan di atas tanah seluas 25 ekar iaitu sebahagian daripada P.T. No. 2639 di bahagian tenggara Pulau Langkawi. Tanah yang dibangunkan ialah seluas 12.5 ekar.

Lokasi AKM ialah berhadapan dengan Jeti Kuah, satu kilometer dari Pekan Kuah dan perjalanan dalam 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Padang Mat Sirat.