Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,


Selamat datang ke Laman Web Rasmi Akademi Koreksional Malaysia (AKM), Langkawi, Kedah.

Kewujudan laman web ini merupakan langkah pro aktif AKM dalam usaha untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin penting dalam segala urusan harian pada masa kini.

Akademi Koreksional Malaysia ini telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2006. Ianya merupakan sebuah organisasi latihan yang menawarkan kursus pengurusan kepenjaraan di peringkat dalaman dan antarabangsa khususnya kepada agensi koreksional di rantau Asia Pasifik.   Akademi ini diwujudkan bagi membangunkan potensi pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam kepimpinan, pengurusan, perancangan, penyelidikan, penganalisaan dan pelaksanaan dalam konteks kepenjaraan. Dalam merealisasikan harapan ini, AKM telah menyediakan program-program latihan  yang selaras dengan keperluan terkini dalam bidang koreksional, psikologi, kriminologi, pengurusan organisasi dan sistem keadilan jenayah dengan kerjasama pelbagai agensi yang berkompeten.

 

Saya berharap dengan wujudnya laman web ini, ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan memudahkan para pengguna melayarinya bagi memperolehi pelbagai maklumat berkaitan dengan latihan serta kursus-kursus yang dijalankan di Akademi Koreksional Malaysia.

Sekian, terima kasih.

“MESRA IKHLAS DAN BERBAKTI”

TKP DR. KAMSIAH BINTI KAMIN
Pengarah
Akademi Koreksional Malaysia.

OGOS 2021

PERSATUAN ISTERI, ANAK DAN ANGGOTA WANITA (PERSIAP)

Ditubuhkan pada 10.7.2013 dan dikenali sebagai Persatuan Isteri, Anak Dan Anggota Wanita Akademi Koreksional Malaysia Langkawi Kedah. Ia telah didaftarkan di Bawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 pada 3.7.2013. Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah Akademi Koreksional Malaysia, Jalan Persiaran Putra, 07000, Langkawi, Kedah.

 TUJUAN PENUBUHAN

Tujuan penubuhan PERSIAP ini adalah untuk melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan dan faedah kepada ahli persatuan.

 KEAHLIAN

Ahli Biasa adalah terbuka kepada semua kakitangan yang bertugas di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah yang berumur 18 tahun ke atas bertaraf warganegara Malaysia. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM5.00 dan yuran bulan pertama sebanyak RM2.00.

 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN ISTERI, ANAK DAN ANGGOTA WANITA AKM SESI 2023/2024

 

PENGERUSI

Puan Sheena F.J Ginibun

 

NAIB PENGERUSI I

Puan Noor Sazlawati binti Zakaria

 

NAIB PENGERUSI II

Puan Mona Azura Binti Ismail

 

SETIAUSAHA

Cik Noor Shuhana binti Osman

 

PENOLONG SETIAUSAHA

Puan Ku Nor Hafinaz binti Ku Baharin

 

BENDAHARI

(Kosong)

 

PEN. BENDAHARI

Puan Nurul Liana Binti Sulaiman

 

AHLI JAWATANKUASA TETAP

Puan Maisyarah binti Khairillah Hasyim

Puan Tuan Norizan binti Tuan Kob

Puan Aida Shahira binti Jamaluddin

 

Puan Hariyani binti Mohmod (Biro Sosial / Sukan)

Puan Shahiza binti Shariff  (Biro Kebajikan)

Sjn Rosita Binti Arof (Biro Agama)

Puan Wan Syuhaida Binti Wan Senik (Biro Pendidikan)

Cik Nur Shaziela Nazaty binti Shaharudin (Biro Ekonomi)

Puan Muhdiya binti Md Yusoff (Biro ICT)

 

PENGAMANAH

Puan Maidura binti Md Sabri

 

JURUAUDIT

Puan Noor Zuriani binti Zubin (Juruaudit I)

Puan Farzana binti Pazil (Juruaudit II)

KELAB REKREASI & KEBAJIKAN ANGGOTA-ANGGOTA AKM

 

Kelab ini telah ditubuhkan pada 10.8.2007 dan dikenali dengan nama Kelab Rekreasi & Kebajikan Anggota-Anggota Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah. Ia telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966 pada 30.12.2008. Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah Akademi Koreksional Malaysia, Jalan Persiaran Putra, 07000, Langkawi, Kedah.

 

TUJUAN PENUBUHAN

 

Tujuan penubuhan Kelab ini adalah untuk menjaga kebajikan anggota di samping untuk menaikkan mutu dan pengelolaan semua permainan sukan, kesenian dan riadah bagi tujuan untuk mendapatkan kesihatan, pergaulan dan merapatkan lagi perhubungan antara kakitangan.

                       

KEAHLIAN

 

Ahli Biasa adalah terbuka kepada semua kakitangan yang bertugas di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah yang berumur 18 tahun ke atas bertaraf warganegara Malaysia.  Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.  Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 dan yuran bulan pertama sebanyak RM5.00.

 

 

 AHLI JAWATANKUASA KELAB REKREASI & KEBAJIKAN ANGGOTA-ANGGOTA AKM SESI 2023/2024

 

 

 

Yang Dipertua

TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman

Naib Yang Dipertua

PKP Noor Sazlawati binti Zakaria

 

Pengerusi

PP Mona Azura binti Ismail

Naib Pengerusi

PP Mohd Mazairi bin Majid

 

Setiausaha

Puan Farzana binti Pazil

Bendahari

IP Muhammad Aiman bin Ab Manaf

 

Ahli Jawatankuasa

KIP Hafizdhun Bin Baharun - (Biro Sukan)

TPP Md Azrin bin Md Hanafi - (Biro Pendidikan)

Encik Mohd Ridzuan bin Saidin - (Biro Agama)

Puan Muhdiya binti Yusoff - (Biro Kebudayaan)

 

Pemeriksa Kira-Kira

Puan Noor Zuriani binti Zubin

WP Bisharudin bin Abu Bakar

            


PERATURAN DAN KOD ETIKA AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA

 

Peruntukan-Peruntukan Am ( Peraturan Dan Tatatertib )

  • Semua pengguna, peserta kursus ,  pelawat,   kontraktor  dan  orang   perseorangan   yang diberi  kebenaran   atau  secara  sah  memasuki   dan   berada  di kawasan Akademi Koreksional Malaysia (AKM), sama ada mengguna mana-mana kemudahan, peralatan  AKM atau tidak adalah tertakluk di bawah peraturan-peraturan ini.

  •  Pihak pengurusan  AKM   berkuasa   untuk  memeriksa,  menegur,   menahan   atau  mengusir mana-mana individu yang mempunyai kebenaran atau berada di dalam  kawasan AKM yang gagal mematuhi peraturan-peraturan ini.

  • Pihak pengurusan AKM boleh menahan, memeriksa, menyelongkar kenderaan dan menegur mana-mana individu yang memasuki atau keluar dari kawasan AKM.

  • Pihak pengurusan AKM berkuasa untuk mengusir atau melapor kepada polis akan mana-mana individu yang memasuki atau berada dalam kawasan AKM tanpa mendapat kebenaran atau secara tidak sah.

  • Pakaian bagi pegawai AKM semasa bertugas hendaklah seperti yang ditetapkan oleh Pengarah AKM dari semasa ke semasa.

  • DILARANG MEROKOK di dalam kawasan AKM kecuali di tempat-tempat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

  • Mana-mana pegawai AKM, pengguna, peserta kursus, pelawat, kontraktor atau orang perseorangan yang memasuki atau berada di kawasan AKM hendaklah berpakaian seperti yang ditetapkan atau bersesuaian dengan aktiviti yang menyebabkan dirinya berada di kawasan AKM.

  • DILARANG sama sekali mana-mana pegawai AKM, pengguna, peserta kursus, pelawat, kontraktor atau orang perseorangan mengambil, merosak atau mengubah alih harta AKM tanpa kebenaran daripada pihak pengurusan AKM.

  • DILARANG sama sekali pegawai AKM, pengguna, peserta kursus, pelawat, kontraktor atau orang perseorangan menggunakan mana-mana kemudahan atau premis AKM tanpa mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan AKM.

  • Mana-mana individu, jika didapati telah merosakkan harta benda AKM, dikehendaki membayar ganti rugi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan AKM.

  • Pihak pengurusan AKM mempunyai kuasa untuk melarang mana-mana individu dari memasuki kawasan AKM jika mempunyai alasan munasabah bahawa kehadiran individu tersebut akan membawa kemudaratan atau gangguan kepada ketenteraman dan pengurusan AKM.

  • Pengguna, peserta kursus , pelawat, kontraktor atau orang perseorangan  DILARANG memasuki mana-mana bahagian AKM yang dikhaskan melainkan dengan kebenaran pihak pengurusan AKM sepertimana ditetapkan dari semasa ke semasa sebagai kawasan khas.

  • Sebarang bentuk aktiviti perjudian, memiliki, menonton bahan lucah, memiliki atau meminum sebarang minuman keras DILARANG sama sekali di dalam kawasan AKM.

  • DILARANG membuang sampah merata-rata. Arahan meliputi kawasan asrama penginapan hingga keseluruhan kawasan AKM.

  • Mana-mana individu yang gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan peraturan ini boleh diambil tindakan.

  • Mana-mana peserta kursus adalah bertanggungjawab bagi memastikan diri mereka sihat sama ada dari segi fizikal, mental atau emosi sebelum menghadiri kursus atau latihan. Pihak AKM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kesakitan, kemudaratan yang dialami akibat dari latihan.

  • Mana-mana peserta yang mengalami kesakitan serius atau mempunyai penyakit yang serius hendaklah mengemukakan dokumen yang sah bagi membuktikannya sebelum menghadiri kursus.

  • Apa-apa latihan sama ada fizikal atau tidak yang dijalankan oleh pegawai-pegawai AKM terhadap mana-mana  peserta kursus adalah dilakukan tanpa apa-apa prejudis.