LOGO AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA
Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi telah memperkenalkan logo kerajaan pertama organisasi pada tahun 2006. Di bawah ini disertakan maksud disebalik bentuk dan warna logo.
Di Kawasan Luar Dan Dalam Bulatan
Bulatan putih di luar bermaksud kecemerlangan di dalam bidang pembelajaran dan ilmu di peringkat glokal.
Warna biru melambangkan perpaduan dalam mencapai visi dan jabatan.
Di Kawasan Lencana ( Mata Pen Kaligrafi, Perisai Dan Buku )
Warna merah pada perisai melambangkan keberanian dalam mencetus idea bagi melahirkan sumber manusia yang terlatih.
Warna putih melambangkan amanah dan tanggungjawab yang dipikul bagi melahirkan sumber manusia yang amanah, ikhlas dan berbakti.
Buku melambangkan sebuah institusi pendidikan tinggi bagi pegawai kanan jabatan.
Pen kaligrafi menandakan minda dan wawasan bagi mencapai akademi koreksional bertaraf dunia.
Lambang helang merujuk kepada keberanian, kekuatan, dan semangat yang amat tinggi di dalam melaksanakan tugas.
Perisai melambangkan institusi yang bertanggungjawab di dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang.
Di Kawasan Bunga Padi Dan Dua Kunci Bersilang
Bunga padi berwarna kuning melambangkan kesuburan dan kematangan yang membawa maksud bermatlamat melahirkan kakitangan yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi di dalam semua bidang.
Kunci bersilang melambangkan kuasa, tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh jabatan di dalam melaksanakan tugas-tugas.
" Menerajui latihan di dalam sistem keadilan jenayah, koreksional dan praktik yang terunggul "
Menyediakan Program Latihan / Kursus yang menepati bidang kepenjaraan / koreksional / keadilan jenayah dan bidang-bidang yang bersesuaian dengan keperluan terkini bertaraf glokal.
Menjadi hub / pusat pengumpulan sumber rujukan keadilan jenayah dan koreksional.
Melaksanakan perancangan dan penyelidikan dalam bidang keadilan jenayah dan koreksional.
Mempertingkatkan kualiti program pengajian supaya dapat menyokong kecemerlangan dan keberkesanan latihan.
Menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.
- Details
- Published: 15 January 2014
- Hits: 23435