PENGENALAN

Program Pengajian Keselematan terbahagi kepada tiga unit pengajian iaitu Unit Pengajian Sistem Keadilan Jenayah, Unit Pengajian Undang-Undang & Pelaksanaan Hukuman dan Unit Pengajian Risikan & Siasatan. Peranan bahagian ini adalah merancang dan menyediakan modul-modul kursus yang akan dijalankan bagi sepanjang tahun yang dirancang.

Bagi kursus-kursus yang melibatkan keperluan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran tertentu, bahagian ini akan menghubungi bahagian yang berkaitan bagi mendapatkan bantuan seperti bahagian Perundangan Negara, Polis Diraja Malaysia, Bahagian Keselamatan IPPM dan lain-lain lagi.

VISI

Menyediakan latihan dan pembelajaran yang bersepadu dengan kehendak undang-undang dan aspek keselamatan.

MISI

Memastikan semua pegawai jabatan penjara mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai sistem keadilan jenayah di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan.

MATLAMAT

Adalah bagi memastikan pengurusan layanan terhadap pesalah dan aspek keselamatan yang terbaik.

KAEDAH PENGAJARAN

Pelbagai teknik digunakan di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Teori-teori dan latihan amal serta pelbagai alat bantu mengajar telah digunakan seperti tayangan video, komputer dan lain-lain lagi.

 

 

URUSETIA :

IP Muhammad Aiman bin Ab Manaf

Tel: 04-960 0000

emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.