Aktiviti lawatan dimulakan dengan berjalan kaki dari AKM ke Jeti Marble.....

Tarikh: 11/12/2022 (Ahad)
Tempat: Pulau Tuba, Langkawi
 
Aktiviti lawatan dimulakan dengan berjalan kaki dari AKM ke Jeti Marble Langkawi dan seterusnya menaiki bot ke Jeti Pulau Tuba. Seterusnya perjalanan diteruskan dengan menaiki motorsikal ke destinasi yang dituju iaitu ke Dewan Desa Teluk Berembang.
 
Program ini diketuai oleh PP Mohd Mazairi bin Majid. Turut bersama-sama di dalam lawatan ini ialah KIP Wan Azmir bin Wan Mustafa, IP Shuhana binti Osman dan serta anggota dan kakitangan AKM dan warga kerja di AKM.
 
Lawatan Muhibbah ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan dan juga warga kerja di AKM.