PENGENALAN

Program ini diwujudkan untuk merancang dan melaksanakan kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang Hak-hak Asasi dan layanan terhadap penghuni. Bidang ini sangat penting dipelajari dan difahami oleh semua anggota beruniform kerana ianya adalah merupakan asas dalam tugas seorang pegawai penjara. Pengetahuan yang dimiliki akan membolehkan seseorang pegawai penjara melaksanakan tugas harian dengan lebih profesional sesuai dengan visi dan misi jabatan. Manakala pengetahuan dan kefahaman dalam bidang layanan ini akan membolehkan seseorang melaksanakan tugas dengan lancar dan teratur serta mematuhi peraturan atau pekeliling sedia ada.                                                                           

 VISI 

Menyediakan pembelajaran dan latihan di bidang pengurusan penghuni  bersesuaian dengan kehendak undang-undang dan peraturan.

MISI 

Memastikan semua pegawai jabatan penjara mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai pengurusan penghuni dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan.

KEMUDAHAN  

Pelbagai kemudahan disediakan di dalam Program Pengajian Pengurusan Penghuni ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan cara yang lebih berkesan. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik kuliah, dewan kuliah berhawa dingin, auditorium, makmal komputer, bilik sindiket, asrama dan mempunyai peralatan yangsecukupnya untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. 

KAEDAH PENGAJARAN 

Poses pengajaran dan pembelajaran dalam program ini adalah menggabungkan kedua-dua kaedah pembelajaran secara teori dan amali. Pengajaran dijalankan dengan menggunakan alat mengajar multimedia yang bersesuaian seperti tayangan video, penggunaan komputer dan lain-lain lagi.

 

URUSETIA :

IP Muhammad Aiman bin Ab Manaf

Tel: 04-960 0000

emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.