- Details
-
Written by Adha
-
Category: Berita & Peristiwa 2025
-
Published: 11 May 2025
-
Hits: 606
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL KEBAJIKAN PEGAWAI JABATAN PENJARA MALAYSIA 2025
9 Mei 2025, Langkawi : Bertempat di Dewan Mahsuri, majlis penutupan bagi Bengkel Kebajikan Pegawai Jabatan Penjara Malaysia 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional).
Bengkel yang dijalankan selama dua hari ini melibatkan kira-kira 70 pegawai kebajikan dari seluruh institusi penjara di Malaysia.
Tujuan bengkel ini diadakan bagi membincangkan isu-isu kebajikan anggota-anggota dan staff di jabatan penjara Malaysia. Di samping itu juga, perwakilan-perwakilan daripada seluruh institusi penjara boleh mencadangkan usul serta menyatakan permasalahan yang ada dan mendapatkan cara penyelesaian masalah tersebut. Di akhir bengkel, YBhg. Dato' menyeru supaya perwakilan dapat memberikan tumpuan yang sebaiknya berkenaan kebajikan kepada anggota² dan staff di Jabatan Penjara Malaysia.
![]()