Makmal Komputer

Akademi Koreksional Malaysia juga mempunyai makmal komputernya sendiri yang terletak di tingkat atas bangunan Akademik. Makmal ini menyediakan sebanyak 30 buah komputer yang dilengkapi dengan rangkaian internet untuk kegunaan kursus-kursus yang memerlukan penggunaan komputer. Peserta kursus boleh menggunakan perkhidmatan ini sepanjang masa dengan kebenaran pihak pengurusan.