BILIK KULIAH

Akademi Koreksional Malaysia memiliki beberapa buah bilik kuliah yang boleh menampung 2 kursus pada satu-satu masa. Kesemua bilik kuliah dilengkapi dengan alat bantu mengajar seperti paparan skrin, alat projektor dan juga komputer bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga para peserta kursus boleh mengakses internet secara percuma kerana dilengkapi kemudahan internet tanpa wayar (wifi).

Semasa proses pembelajaran, para peserta juga digalakkan untuk membawa komputer riba peribadi bagi memudahkan proses muat turun nota perbincangan, kerja kursus dan aktiviti berkumpulan. Di samping itu, beberapa bilik sindiket juga boleh digunakan untuk peserta kursus sekiranya di dalam kuantiti yang kecil.