Tarikh: 24 Februari 2022 (Khamis)
Masa: 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Mahsuri, AKM
 
Kursus Asas Parol & Perkhidmatan Komuniti Pegawai Kanan Bil 1/2022 telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia.
 
Kursus ini dihadiri seramai 40 orang peserta terdiri dari pegawai parol dari institusi parol yang terlibat.
 
Kursus ini dijalankan selama 3 minggu iaitu dari 6-24 Februari 2022.
 
Majlis penyampaian sijil disampaikan oleh TKP Dr Kamsiah Kamin, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia kepada peserta yang terlibat.