Tarikh: 27/03/2022
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Mahsuri, AKM
 
Majlis Sambutan Hari Penjara ke-232 Peringkat Akademi Koreksional Malaysia telah disempurnakan Oleh TKP Dr. Kamsiah Kamin, Pengarah AKM.
 
Turut serta dalam majlis ini PKP Abd Zaini bin Ibrahim, Timbalan Pengarah AKM, PP Mona Azura binti Ismail, Ketua Bahagian Akademik & Latihan, pegawai-pegawai kanan dan anggota lain-lain pangkat serta kakitangan AKM.
 
Pengisian majlis Sambutan Hari Penjara peringkat AKM diserikan lagi dengan kedatangan penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhammad Firdaus Bin Mohd Radzi. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau ialah "Pemulihan Banduan Dalam Komuniti Mengikut Perspektif Islam".