Tarikh: 17/07/2022 (Ahad)

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Ballroom Level 1, Hotel Adya

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 peringkat Zon Utara 1 telah diadakan di Hotel Adya, Langkawi, Kedah. Akademi Koreksional Malaysia (AKM) telah dipilih menjadi pengelola majlis pada kali ini.

Majlis penyampaian sijil APC telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN). Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Musa bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kepenjaraan, Antidadah & RELA, KDN dan YBhg. Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), IPPM.

Turut hadir meraikan penerima APC ialah Encik Mohamad Yusri bin Hashim, Pengarah Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran, IPPM dan YDH TKP Shukri bin Saad, Pengarah Penjara Negeri Kedah. Hadir bersama ke majlis ini termasuk Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, Pengarah Penjara Negeri Perlis serta Ketua-ketua Institusi bagi Zon Utara 1.

Penerima APC Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2021 bagi Zon Utara 1 ialah seramai 184 orang dan 154 orang penerima telah hadir memeriahkan majlis pada hari ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima APC Tahun 2021 Jabatan Penjara Malaysia peringkat Zon Utara 1.