Tarikh: 27.09.2022 (Selasa)

Tempat: Makmal Komputer AKM

Bertempat di Makmal Komputer AKM, Majlis Penutupan Kursus E-Perolehan telah disempurnakan oleh TKP Dr. Kamsiah Kamin, Pengarah AKM.

Kursus yang berlangsung dari 26-27 September 2022 itu disertai seramai 20 orang staf terdiri dari pegawai kanan dan juga anggota serta kakitangan AKM.

Kursus ini dikendalikan oleh 2 orang pegawai dari syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd dimana kursus ini lebih tertumpu kepada Latihan Modul Sebutharga bagi memberi lebih kefahaman untuk menggunakan sistem e-perolehan.