Tarikh: 5 Disember 2022 (Isnin)
Tempat: Perkarangan Sekolah Kebangsaan Kelibang Langkawi
 
Bertempat di SK Kelibang , Akademi Koreksional Malaysia selaku agensi yang mewakili Jabatan Penjara telah dijemput bagi mengadakan pameran sempena Karnival HEM Sekolah Kebangsaan Kelibang Langkawi.
 
Sambutan Karnival HEM SK Kelibang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Kamal bin Haji Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Langkawi.
 
Pameran Jabatan Penjara Malaysia diselia oleh anggota dan kakitangan AKM iaitu KIP Wan Azmir bin Wan Mustafa selaku ketua dan dibantu oleh IP Muhammad Aiman Bin Ab Manaf , SP Syaiful Hazni bin Abdullah, SP Muhamad Masri Fitri bin Salberi, SP Hariyani binti Mohmod, SP Nurhafizah binti Jasni dan En Mohamad Adha bin Azali.
 
Pameran Karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan fungsi dan peranan Jabatan Penjara Malaysia kepada orang awam.