Tarikh: 21 Disember 2022 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Air Terjun Temurun, Langkawi
 
Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Program Idaman Geosite Clean-Up (IGSC) bersempena dengan sambutan ulangtahun Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) ke-15 tahun dengan kerjasama E-Idaman di Perkarangan Tapak Parkir Air Terjun Temurun, Langkawi.
 
Akademi Koreksional Malaysia turut bersama menyertai program ini. AKM diwakili oleh TPP Norhanafi bin Nordin, IP Muhammad Aiman Bin Ab Manaf, Puan Siti Maidura Binti Md Sabri dan Puan Siti Hasyirah Binti Johari.
 
Program pembersihan turut disertai oleh agensi kerajaan, swasta berganding bahu bagi memastikan kebersihan di Pulau Langkawi sentiasa terjaga.