Tarikh: 07-08/01/2023
Tempat: LISRAM & DEWAN MAHSURI
 
Pada 07/01/2023 seramai 114 orang siswazah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menyertai Kor Siswa SISWI Koreksional (SISKOR) telah menjalani ujian menembak menggunakan senjata M16 di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM) di bawah kelolaan PULAPEN Perlis yang diketuai oleh PPP Badruddin bin Haji Abu Bakar.
 
Seterusnya pada 08/01/2023 telah diadakan Majlis Executive Talk dan penyampaian cenderamata di Dewan Mahsuri, AKM. Executive Talk telah disampaikan oleh PP Mona Azura binti Ismail, Ketua Bahagian Akademik & Latihan.
 
Turut hadir bersama di Majlis Executive Talk ialah Dr. Rita Binti Mohd Said, Pengerusi Rancangan (Kokurikulum Badan Beruniform Ijazah Pertama & Diploma) Pusat Kokurikulum UniMAP dan Dr. Abdullah bin Abdul Samad, Pengerusi Rancangan (Kokurikulum Khidmat Masyarakat & Keusahawan) Pusat Kokurikulum UniMAP.