Tarikh: 15 Februari 2023 (Rabu)
Tempat: Bilik Mesyuarat Pentadbiran, AKM
 
TKP Dr. Kamsiah binti Kamin, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia (AKM) bersama Encik Ibrahim bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkawi (SKL) telah bersetuju untuk menandatangani memorandum kerjasama pintar & Jalinan Kolaboratif di antara AKM dan SKL.
 
Majlis diserikan dengan kehadiran Puan Aidayanti binti Che Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum serta seorang guru pengiring. Turut hadir PP Mona Azura binti Ismail, Ketua Bahagian Akademik & Latihan, PP Mohd Mazairi bin Majid, Ketua Bahagian Keselamatan Koreksional dan beberapa orang pegawai kanan AKM.
 
Kerjasama pintar dua hala melalui Program berkembar antara kedua-dua organisasi bagi mencapai objektif seperti berikut:
1. Menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan;
2. Meningkatkan kecemerlangan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran kedua-dua organisasi; dan
3. Bertukar-tukar idea, pengalaman kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang.