PROGRAM MINI BUSINESS IN TRANSFORMATION (BIT) 2023 LANGKAWI

Tarikh: 29 Ogos 2023 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: Dewan Mahsuri MIEC, Padang Matsirat
 
Akademi Koreksional Malaysia (AKM) telah menghadiri Program Mini Business in Transformation anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan rakan strategik PERNAS.
Program telah dirasmkan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pameran usahawan, tawaran pembiayaan, taklimat perniagaan, konsultansi secara percuma, forum perniagaan, pendaftaran PERCUMA di platform e-dagang Pybli dan sesi perkongsian bersama usahawan-usahawan BIT yang telah berjaya.