PERATURAN DAN KOD ETIKA AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA
Peruntukan-Peruntukan Am ( Peraturan Dan Tatatertib )
Semua pengguna, peserta kursus , pelawat, kontraktor dan orang perseorangan yang diberi kebenaran atau secara sah memasuki dan berada di kawasan Akademi Koreksional Malaysia (AKM), sama ada mengguna mana-mana kemudahan, peralatan AKM atau tidak adalah tertakluk di bawah peraturan-peraturan ini.
Pihak pengurusan AKM berkuasa untuk memeriksa, menegur, menahan atau mengusir mana-mana individu yang mempunyai kebenaran atau berada di dalam kawasan AKM yang gagal mematuhi peraturan-peraturan ini.
Pihak pengurusan AKM boleh menahan, memeriksa, menyelongkar kenderaan dan menegur mana-mana individu yang memasuki atau keluar dari kawasan AKM.
Pihak pengurusan AKM berkuasa untuk mengusir atau melapor kepada polis akan mana-mana individu yang memasuki atau berada dalam kawasan AKM tanpa mendapat kebenaran atau secara tidak sah.
Pakaian bagi pegawai AKM semasa bertugas hendaklah seperti yang ditetapkan oleh Pengarah AKM dari semasa ke semasa.
DILARANG MEROKOK di dalam kawasan AKM kecuali di tempat-tempat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Mana-mana pegawai AKM, pengguna, peserta kursus, pelawat, kontraktor atau orang perseorangan yang memasuki atau berada di kawasan AKM hendaklah berpakaian seperti yang ditetapkan atau bersesuaian dengan aktiviti yang menyebabkan dirinya berada di kawasan AKM.
DILARANG sama sekali mana-mana pegawai AKM, pengguna, peserta kursus, pelawat, kontraktor atau orang perseorangan mengambil, merosak atau mengubah alih harta AKM tanpa kebenaran daripada pihak pengurusan AKM.
DILARANG sama sekali pegawai AKM, pengguna, peserta kursus, pelawat, kontraktor atau orang perseorangan menggunakan mana-mana kemudahan atau premis AKM tanpa mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan AKM.
Mana-mana individu, jika didapati telah merosakkan harta benda AKM, dikehendaki membayar ganti rugi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan AKM.
Pihak pengurusan AKM mempunyai kuasa untuk melarang mana-mana individu dari memasuki kawasan AKM jika mempunyai alasan munasabah bahawa kehadiran individu tersebut akan membawa kemudaratan atau gangguan kepada ketenteraman dan pengurusan AKM.
Pengguna, peserta kursus , pelawat, kontraktor atau orang perseorangan DILARANG memasuki mana-mana bahagian AKM yang dikhaskan melainkan dengan kebenaran pihak pengurusan AKM sepertimana ditetapkan dari semasa ke semasa sebagai kawasan khas.
Sebarang bentuk aktiviti perjudian, memiliki, menonton bahan lucah, memiliki atau meminum sebarang minuman keras DILARANG sama sekali di dalam kawasan AKM.
DILARANG membuang sampah merata-rata. Arahan meliputi kawasan asrama penginapan hingga keseluruhan kawasan AKM.
Mana-mana individu yang gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan peraturan ini boleh diambil tindakan.
Mana-mana peserta kursus adalah bertanggungjawab bagi memastikan diri mereka sihat sama ada dari segi fizikal, mental atau emosi sebelum menghadiri kursus atau latihan. Pihak AKM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kesakitan, kemudaratan yang dialami akibat dari latihan.
Mana-mana peserta yang mengalami kesakitan serius atau mempunyai penyakit yang serius hendaklah mengemukakan dokumen yang sah bagi membuktikannya sebelum menghadiri kursus.
Apa-apa latihan sama ada fizikal atau tidak yang dijalankan oleh pegawai-pegawai AKM terhadap mana-mana peserta kursus adalah dilakukan tanpa apa-apa prejudis.
Bil |
Jawatan/Gred |
Peruntukan |
Pengisian |
Kekosongan |
1 |
Penguasa Penjara (KA54) |
1 |
1 |
- |
2 |
Penguasa Penjara (KA48) |
1 |
1 |
- |
3 |
Penguasa Penjara (KA44) |
2 |
2 |
- |
4 |
Penguasa Penjara (KA41/KA44) |
5 |
2 |
3 |
5 |
Penolong Penguasa Penjara (KA32/KA38) |
5 |
2 |
3 |
6 |
Penolong Penguasa Penjara (KA29/KA32/KA38) |
7 |
3 |
4 |
7 |
Pegawai Penjara Gred (KA20) |
2 |
0 |
2 |
8 |
Pegawai Penjara (KA19) |
24 |
21 |
3 |
|
Jumlah |
47 |
28 |
19 |
AWAM
Bil |
Jawatan/Gred |
Peruntukan |
Pengisian |
Kekosongan |
1 |
Penolong Pegawai Tadbir (N32) |
1 |
0 | 1 |
2 |
Penolong Pegawai Tadbir (N29) |
1 |
0 |
1 |
3 |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) |
1 |
1 |
- |
4 |
Pen. Pengurus Asrama (N29) |
1 |
1 |
- |
5 |
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (N29) |
2 |
0 |
2 |
6 |
Pembantu Tadbir Kewangan (W22) |
1 | 0 | 1 |
7 |
Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi (N22) |
1 |
1 |
- |
8 |
Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi (N19) |
4 |
3 |
1 |
9 |
Pembantu Tadbir Kewangan (W19) |
3 |
3 |
- |
10 |
Pembantu Pustakawan (S19) |
1 |
1 |
- |
11 |
Pembantu Setiausaha Pejabat (N19) |
1 | 1 | - |
12 |
Juruteknik Komputer (FT19) |
1 |
1 |
- |
13 |
Penjaga Jentera Elektrik (J19) |
1 |
0 |
1 |
14 |
Pegawai Khidmat Pelanggan (N19) |
2 |
2 |
- |
15 | Pembantu Operasi (N14) |
1 |
1 |
- |
|
Jumlah |
22 |
15 |
7 |
Nota : Dikemaskini pada Januari 2022