- Details
- Hits: 465
- Details
- Hits: 1908
Akademi Koreksional Malaysia (AKM), Langkawi: Pada 3 hingga 5 September 2024, telah berlangsung UNODC Workshop on Preventing Violent Extremism (PVE): Radicalization, Rehabilitation & Reintegration “ A Journey Back To Society. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 38 orang dari Jabatan Penjara Malaysia dan 19 peserta jemputan daripada agensi/jabatan kerajaan berkaitan serta para akademik. Objektif bengkel ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai jabatan penjara dan agensi berkaitan tentang standard antarabangsa terkait pencegahan keganasan (pemulihan dan reintegrasi), isu dan cabaran serta merangka pelan kerjasama (roadmap) antara agensi yang terlibat.
Bengkel ini telah dirasmikan pembukaan oleh TKP Wan Abdul Rahman bin Wan Yaman, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia dan majlis penutupan dirasmikan oleh TKP Meor Azizi bin Ahmad Sepuan, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal & Berisiko Tinggi. Bengkel ini juga turut dihadiri oleh empat (4) orang penceramah dari luar negara khususnya UNODC iaitu Ms. Aki Okanan, UNODC Regional Office for Southeast Asia and the Pacific, Ms. Sakurako Nishida, Embassy of Japan, Mr. Niki Esse DE LANG, Programme Office in Indonesia (POIDN), Miss Natachanok Sulaimarl, UNODC, Thailand dan wakil UNODC Malaysia Dato’ Narander Singh a/l Chand Singh.
- Details
- Hits: 64890
Pulau Langkawi, 22 Julai 2024-YBhg. TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak hadir ke Akademi Koreksional Langkawi sempena Kursus Eksekutif Five Star PRIDE Managers Bagi Ketua-Ketua Institusi Penjara.
Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Institusi Penjara, Pejabat Penjara Negeri dan Bahagian IPPM hadir untuk mengikuti kursus tersebut yang dijalankan bermula 21 hb hingga 26 Julai 2024.
YBhg. TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz Razak juga telah menyampaikan kuliah New Dimension of Prison Management yang menekankan elemen Credible, Valuable , Creative dan Due Diligence sebagai Leader Success Key