Program Agihan Bantuan Bakul Makanan Asas
Tarikh : 20.11.2021 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Surau Al-Amin Taman Seroja, Kuah Langkawi.
Anjuran : Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia (PMOKUM)
Pada 20 November 2021, Program agihan bakul makanan asas kepada golongan orang kurang upaya anjuran Persatuan Membantu Orang Kelainan Upaya Malaysia telah diadakan di Surau Al-Amin Taman Seroja, Kuah, Langkawi. Sebanyak 52 pek makanan asas telah diterima bagi senarai penerima golongan orang kurang upaya di sekitar daerah Langkawi.
PKP Abd Zaini Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia telah dijemput oleh PMOKUM bagi mengagihkan bantuan kepada 25 senarai penerima golongan orang kurang upaya yang hadir.
PMOKUM bagi program agihan di daerah Langkawi diwakili oleh Prof Dr Che Su bt Mustafa (UUM), Prof. Dr. Haslina Bt Halim(UUM) dan juga Dr Asiah Binti Man(Colsultant Program). Turut hadir ialah IP Sofi Bin Musa (AKM) dan SJN syaiful Hazni Bin Abdullah (AKM).