Tarikh : 21 November 2021(Ahad)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Akademi Koreksional Malaysia
Pada 21 November 2021, Program Gotong Royong telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia. Program gotong royong ini bertujuan menempatkan KIOSK di dalam D'CAM Akademi Koreksional Malaysia.
Timbalan Pengarah AKM iaitu PKP Abd Zaini Bin Ibrahim juga turut sama turun padang bagi menjayakan program gotong royong ini bersama-sama dengan kakitangan AKM serta pekerja outsource. Program ini memupuk semangat kerjasama serta menjalinkan ukhwah di dalam AKM.
Untuk makluman, D'CAM AKM menjual beberapa barang keperluan serta terdapat snek dan minuman. KIOSK di dalam D'CAM ini bertujuan memberi kemudahan penggunaan komputer ala cyber cafe kepada peserta kursus yang datang berkursus di Akademi Koreksional Malaysia.