Tarikh: 13.11.2022 (Ahad)

Tempat: LISRAM

Seramai 43 peserta terdiri dari anggota dan kakitangan AKM, LISRAM(Penjara,Polis,Rela) dan Parol Daerah Langkawi telah menyertai pertandingan memanah silaturrahim yang diadakan di Langkawi International Shooting Range Malaysia.

Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara jabatan serta memupuk semangat kesukanan dan menguji ketahanan mental dan fizikal. Kategori yang dipertandingkan adalah kategori individu lelaki dan wanita serta kategori berkumpulan.

Penyampaian hadiah disampaikan oleh PP Mohd Mazairi bin Majid serta diiringi oleh TPP Norhanafi bin Nordin serta SP Aswad bin Saad(LISRAM).