Auditorium 

Di Akademi Koreksional Malaysia, auditorium adalah salah satu prasarana yang paling kerap di gunakan. Boleh dikatakan hampir setiap kursus dijalankan di sini akan menggunakan segala kelengkapan auditorium untuk majlis-majlis penutupan, perasmian, tayangan video atau mesyuarat yang memerlukan penggunaan dewan yang luas.

Memiliki studio kawalan sendiri, auditorium AKM ini boleh menempatkan kira-kira lebih kurang 200 peserta di dalam penggunaan ruang maksimum. Selain daripada itu, auditorium ini juga memiliki paparan skrin yang besar di samping sistem bunyi yang canggih sesuai untuk majlis-majlis keraian, pertandingan karaoke dan tayangan video.