Pada 4 Februari 2014 hingga 7 Februari 2014, Akademi Koreksional Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pensejarahan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Penjara Malaysia.  Tujuan Bengkel ini  diadakan ialah untuk mengumpul pengaktif-pengaktif KIK Jabatan Penjara Malaysia bagi:

a)     menelusuri inisiatif inovatif dan kreatif Jabatan Penjara Malaysia;

b)     menzahir dokumentasi projek-projek KIK yang berimpak tinggi;

c)     mendokumen proses dan panduan KIK Jabatan Penjara Malaysia;

d)     menwacana penambahbaikan realistik pengurusan KIK Jabatan Penjara Malaysia; dan

e)     memkompil usaha-usaha di atas dalam kompilasi inovatif dan kreatif Jabatan Penjara Malaysia. 

Bengkel yang diselia oleh Encik Yap Hock Ann, pelajar Ph.D Universiti Kebangsaan Malaysia ini diharap dapat menghasilkan panduan dan rujukan bagi warga KIK Jabatan Penjara Malaysia.